KokurikulumPIBGTerkini

Kejohanan Merentas Desa 2022

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan di Taman Wetland, Putrajaya. Satu kelainan yang dibuat oleh Unit Kokurikulum SK Putrajaya Presint 9(1). Kebiasaannya kejohanan ini diadakan di kawasan persekitaran sekolah sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, malah penyertaan juga dibuka untuk ibu bapa dan murid-murid Tahap 1 bagi kategori Fun Run. Penyertaan dan kerjasama daripada ibu bapa sangat di luar jangkaan.

Rata-rata ibu bapa menyatakan perasaan gembira dapat menyertai program sebegini bersama-sama anak-anak mereka.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa, SK Putrajaya Presint 9(1) pada kali ini.❤

Foto https://photos.app.goo.gl/7JdxFcAFag1YrfqK9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *