Kemenjadian MuridPencapaianTerkini

Majlis Apresiasi Sekolah 2021~Tahun 4 & 6

Majlis Apresiasi Sekolah bagi penggal persekolahan 2021 diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 6. Majlis sebegini pasti memberi pengalaman dan kenangan yang manis buat mereka terutamanya murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan bangku sekolah rendah.

Puan Norzah binti Mohd Kassim, Guru Besar SK Putrajaya Presint 9(1) telah memberi ucapan ringkas sebagai meraikan murid-murid Tahun 6. Diselitkan juga kata-kata nasihat dan harapan kepada mereka agar terus berusaha menuntut ilmu dan mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih kasih kepada semua ahli jawatan kuasa Majlis Apresiasi Sekolah 2021 yang telah memberi komitmen yang padu bagi menjayakan majlis ini.

Klik pautan di bawah untuk melihat foto.

https://photos.app.goo.gl/7DC8zAHeqfmPxsvZ6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *