PROFIL SEKOLAH

Kod Sekolah WBA2001
Nama Sekolah : SK PUTRAJAYA PRESINT 9 (1)
Alamat Sekolah : JALAN P9F, PRESINT 9, 62250 PUTRAJAYA
No Telefon / No Fax 03-88885200 / 03-88883297
Jenis Sekolah Sekolah Kebangsaan
Gred Sekolah Sekolah Kluster                                                                                       
Peringkat Sekolah Prasekolah & Rendah
Sesi Persekolahan Pagi
Emel Rasmi wba2001@moe.edu.my
Web Rasmi https://skpp91.edu.my
Tarikh Tubuh 01/08/2000

ILMU, AMAL, IMAN

Ilmu, Amal, Iman,visi yang mulia

Langkah murni, hidup jaya

Memartabatkan diri, insan sejati,

Unggul dan berkualiti.

Aspirasi negara, teras perjuangan ,

Menuju era teknologi,

Aktif dan berwawasan jadi warisan

Lahirkan warga bestari

Intelek dan kertampilan diri

Mantapkan semangat dan berinovasi

Asuh minda dan emosi putra putri

Negara makmur harmoni

SK Putrajaya Presint 9(1)

Kami berikrar setia,

Progresif dan berbakti,  Membangunkan nusa

Di persada alam siber

 

Lagu ciptaan: Mohd Rizal bin Omar

Senikata lagu: Panitia Bahasa Melayu

SK Putrajaya Presint 9 (1), (dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya 2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009.

Pembinaan sekolah ini bermula pada pertengahan 1998 dan telah siap sepenuhnya untuk digunakan pada 17hb Januari 2000, dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Penghormatan sebagai Guru Besar yang pertama telah diberikan kepada En Sukimin Bin Juki yang telah mula bertugas pada 24 Disember 1999. Pada 6 januari 2000, 6 orang guru telah melaporkan diri untuk bertugas dan jumlah ini telah bertambah semenjak itu. Sehingga 9 Oktober 2000, jumlah guru ialah seramai 59 orang.
Pendaftaran murid telah bermula pada 12hb dan 13hb Januari 2000. Pada hari pertama persekolahan iaitu pada 17hb Januari 2000, jumlah murid adalah 193 orang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kakitangan berbagai kementerian yang telah berpindah ke Putrajaya. Kebanyakan daripada mereka tinggal di dalam Putrajaya.