KokurikulumTerkini

Kejohanan Merentas Desa 2020

Kejohanan Merentas Desa bagi sesi 2020 telah diadakan pada waktu kokurikulum. Biar pun renyai hujan membasahi sepanjang trek larian, ianya tidak menghalang dan melunturkan semangat juang murid dan guru.

Soal keselamatan murid memang fokus utama dalam mana-mana kejohananan. Selain daripada guru yang bertugas, sekolah juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak polis dalam memastikan keselamatan murid sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dan syabas kepada pasukan yang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *