Kangaroo Math Competition 2021
Seramai 14 orang murid SK Putrajaya Presint 9(1) telah mengambil bahagian dalam Kangaroo Math Competition (KMC) 2021. Pertandingan tahunan ini merupakan salah satu pertandingan Matematik yang terbesar di dunia.
KMC 2021 telah diadakan di makmal komputer sekolah dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Semoga semua peserta SKPP9(1) mendapat kejayaan cemerlang.