KurikulumPusat Sumber SekolahTerkini

Jom Baca Bersama

Program Jom Baca Bersama 10 minit telah diadakan di peringkat sekolah pada jam 11.00 minit pagi sehingga jam 11.15 minit pagi. Program ini diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

AJK Pusat Sumber Tun Dr. Mahathir bin Mohamad SKPP9(1) turut mengambil peluang ini dengan mengatur beberapa aktiviti bagi menarik minat warga SKPP9(1) menyertai program ini seperti mengadakan kuiz dan resensi buku.

Semoga warga SKPP9(1) dapat menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *