KurikulumTerkini

Pemulangan Buku Teks

Sepanjang minggu ini, guru-guru Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan guru kelas sibuk menguruskan proses pemulangan buku teks bagi penggal persekolahan terakhir sesi 2021.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang berjaya menjaga dan menggunakan buku teks dengan baik. Sikap amanah dan bertanggungjawab ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan lain yang akan menggunakan buku teks tersebut.

Biar pun buku teks telah dipulangkan, namun aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetap berlangsung. Datanglah ke sekolah seperti biasa dan ikuti SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *