KokurikulumTerkini

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2022

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Putrajaya Presint 9(1) telah diadakan pada pagi ini. Majlis ini melibatkan semua warga sekolah dan telah dirasmikan oleh Puan Norzah binti Mohd Kassim, Guru Besar SKPP9(1).

Antara pengisiannya ialah deklamasi sajak oleh murid-murid Tahun 4 Rajin dan juga nyanyian lagu patriotik oleh semua warga sekolah. Diharapkan semua murid akan menyertai dan melibatkan diri dalam setiap acara yang telah disusun oleh guru sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Semoga pelaksanaan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ini dapat menguatkan perasaan cinta kepada negara di kalangan warga SKPP9(1) khususnya.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

Foto & Video

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *