KokurikulumSTEMTerkini

Penutup Bulan STEM Peringkat Sekolah 2023

Majlis Penutup Bulan STEM Peringkat Sekolah 2023 telah diadakan di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1).

Majlis dimulakan dengan tayangan video rangkuman aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan STEM yang lalu. Panitia yang terlibat ialah Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Semua murid di SKPP9(1) telah terlibat dengan semua aktiviti STEM yang telah dijalankan. Pemenang-pemenang bagi setiap aktiviti telah diraikan di dalam majlis ini.

Semoga semua murid mendapat manfaat daripada pelaksanaan Bulan STEM ini. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Bulan STEM peringkat SKPP9(1).

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *