KokurikulumTerkini

Perjumpaan Rumah Sukan 2022

Perasaan gembira dan teruja terlihat di muka para guru dan murid-murid pada pagi ini. Semua begitu bersemangat setelah dua tahun tidak dapat bersukan di kawasan sekolah.

Perjumpaan Rumah Sukan dimulakan dengan taklimat Program Merentas Desa peringkat sekolah yang akan dilaksanakan selepas cuti hari raya nanti.

Kemudian semua berpecah mengikut rumah sukan masing-masing ke lokasi yang telah ditentukan bagi mengadakan mesyuarat agung bagi setiap rumah sukan.

Semoga perjalanan aktiviti kokurikulum di SK Putrajaya Presint 9(1) dapat dilaksana dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua murid.

Foto https://photos.app.goo.gl/Sebyt25Z1oq3VG999

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *