KokurikulumTerkini

World #QuranHour 2024

SK Putrajaya Presint 9(1) turut bersama hari ini menjayakan program World #QuranHour yang dijalankan serentak pada jam 12 tengah hari selama 1 jam di seluruh negara.

Pada tahun ini, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal telah mengangkat surah al-Jumu’ah sebagai surah pilihan.

Bacaan surah al-Jumu’ah telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul Hafiz bin Ismail, dan tadabbur ayat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Iqbal bin Muda@Ismail. Program hari ini disertai oleh Yang berusaha Puan Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru dan semua murid tahap 2.

Semoga dengan pelaksanaan majlis ini dapat mendekatkan jiwa kita dengan al-Quran dan sekali gus mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insha Allah

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *