KurikulumPembestarianTerkinits25

Bengkel Inovasi Guru – Google Sites

Unit Kurikulum dan Pembestarian Sekolah telah menganjurkan Bengkel Inovasi Guru untuk guru-guru di SK Putrajaya Presint 9(1). Bertujuan memberi kemahiran dalam membina dan mengurus sumber pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan Google Sites yang telah disediakan dalam pelantar DELIMa KPM.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Mohd Khamarul Idzwan bin Othman daripada SK Serdang UPM. Beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Emkay merupakan seorang jurulatih bertauliah Google Certified Teacher dan telah menjalankan berpuluh bengkel kepada cikgu-cikgu di seluruh negara.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang telah dikongsi memberi banyak manfaat kepada warga guru SKPP9(1) untuk menghasilkan inovasi yang akan membantu meningkatkan prestasi murid-murid.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *