Bahasa ArabKurikulumPanitiaPendidikan Agama IslamSurau Salman Al-FarisiTerkini

Majlis Khatam Al-Quran 2021

Panitia Pendidikan Agama Islam dan Surau Salman Al-Farisi telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 2021 (1442H) melalui medium Google Meet. Ini merupakan kali kedua majlis khatam Al-Quran dilaksanakan secara maya berikutan pandemik Covid 19.

Biar pun begitu, majlis ini dapat dilaksana dengan lancar dan turut disiarkan secara langsung di saluran Youtube sekolah. Majlis ini juga merupakan penutup bagi aktiviti ihya Ramadan yang telah dilangsungkan sepanjang bulan Ramadan pada kali ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *