FEATUREDPIBGTerkiniUmum

GOTONG ROYONG PERDANA MADANI 2023

Kehadiran ramai para ibu bapa dan penjaga seawal jam 8.00 pagi memberi tanda positif akan kejayaan Program Gotong-royong Perdana Madani 2023 pada hari ini.

Sambutan yang sangat memberangsangkan ini juga turut diakui oleh En. Mohd Khairi bin Jamaludin, YDP PIBG, SK Putrajaya Presint 9(1). Beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak. Beliau juga secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang turut hadir membantu melancarkan proses gotong-royong ini.

Kebersihan dan keceriaan tandas murid menjadi sasaran utama bagi gotong-royong pada kali ini. Isu kebersihan tandas memang menjadi keutamaan bagi pihak sekolah. Selain memastikan kemudahan infrastruktur tandas yang baik, pihak sekolah juga memohon kerjasama ibu ayah untuk sentiasa mendidik anak-anak menggunakan tandas dengan betul.

Sekali lagi pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *