KurikulumTerkini

Pembukaan Sesi Persekolahan 2021

Tarikh 1 Mac 2021 menjadi satu lagi sejarah dalam bidang pendidikan negara Malaysia. Setelah penangguhan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka berikutan peningkatan kes Covid-19, hari ini murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 hadir ke sekolah dengan mengikuti SOP yang ketat.

Mereka memasuki kawasan sekolah hanya diiringi oleh guru-guru yang bertugas. Ibu ayah hanya menghantar mereka hingga ke pintu pagar sekolah sahaja. Namun begitu, perjalanan pada hari pertama menunjukkan keadaan yang begitu positif. Mereka nampak lebih yakin diri dan dapat mengikut arahan guru-guru dengan baik.

Semoga keadaan akan bertambah baik untuk hari-hari yang berikutnya.

https://photos.app.goo.gl/Db9zYdNs3xCLUDHy8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *