PembestarianTerkini

BENGKEL PENGUKUHAN LAMAN WEB/PORTAL INSTITUSI KPM 2023

SK Putrajaya Presint 9(1) telah dijemput menyertai Bengkel Pengukuhan Laman Web/Portal Institusi Pendidikan KPM bagi tahun 2023. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Dorsett, Putrajaya.

Sebanyak 28 sekolah telah dijemput untuk menyertai bengkel pada sesi ini. Dan setiap sekolah diwakili oleh pentadbir laman web sekolah masing-masing.

Pihak BPM telah membuat semakan dan ujian terhadap semua laman web sekolah yang terlibat bagi memastikan ia adalah selamat dari sebarang ancaman siber dan tidak melanggar dasar keselamatan siber.

Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk semua pentadbir laman web. Semoga laman web ini sentiasa selamat daripada ancaman serangan siber dan mematuhi polisi keselamatan siber.

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *