PembestarianTerkini

Malaysia Techlympics Kebangsaan 2022

Seramai 24 orang murid telah menyertai pertandingan Malaysia Techlympics peringkat kebangsaan yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Antara pertandingan yang disertai oleh mereka ialah Pertandingan Pemikiran Komputasi Kanak-kanak, Misi Penerbangan Dron, Pertandingan Technovation, cabaran Cetakan 3D dan Penulisan Kod Terpantas.

Biar pun tidak mendapat pencapaian, namun penglibatan mereka sangat memberi kesan kepada diri sendiri. Pengalaman menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan sangat berguna untuk mereka meningkatkan kemahiran mereka terutamanya dalam bidang stem.

Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada guru dan ibu ayah yang memberi sokongan dan bantuan sepanjang pertandingan berlangsung.

ALBUM FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *