PIBGTerkiniUmum

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) kali ke-22 telah diadakan secara dalam talian (Google meet) berikutan pematuhan kepada SOP walaupun telah memasuki fasa endemik. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khairi bin Jamaludin, selaku Yang Dipertua PIBG SKPP9(1).

Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan perjalanan mesyuarat dapat diadakan dengan lancar mengikuti agenda yang telah diatur. Perbahasan usul daripada ibu bapa dapat dibentang dan dibincang bersama pihak sekolah bagi mendapat penyelesaian terbaik kepada anak-anak di SK Putrajaya Presint 9(1).

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *