Hal Ehwal MuridKemenjadian MuridTerkini

Anugerah HEM 2023/2024

Unit Hal Ehwal Murid, SK Putrajaya Presint 9(1) telah mengadakan Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid (HEM) bagi sesi 2023/2024.

Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi menghargai murid-murid yang telah menunjukkan peningkatan terutamanya sahsiah diri.

Di samping itu, anugerah ini juga diberi kepada semua murid yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sepanjang sesi akademik 2023/2024.

Semoga penghargaan ini akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk menjadi lebih baik seterusnya memberi galakan kepada murid-murid yang lain untuk berusaha dengan lebih gigih.

Tahniah kepada semua penerima anugerah HEM.

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *