Hal Ehwal MuridTerkini

Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah

Sesi ceramah khas untuk murid-murid Tahun 6 telah diadakan di Bilik Serbaguna SK Putrajaya Presint 9(1). Ia bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid berkenaan persiapan dari segi fizikal dan mental sebelum menjejak kaki ke sekolah menengah.

Ceramah disampaikan oleh guru Bimbingan Kaunseling dan Guru Disiplin SMK Putrajaya Presint 9(1). Semoga sesi ceramah ini dapat membantu semua murid Tahun 6 membuat persediaan yang terbaik dan lebih bersedia untuk ke alam persekolahan menengah nanti yang pastinya akan lebih mencabar.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *