Lawatan Penanda Aras, SK Sagil Kampong
SK Putrajaya Presint 9(1) telah berbesar hati menerima kunjungan daripada rombongan SK Sagil Kampong, Tangkak Johor.
Banyak perkongsian berkenaan amalan terbaik yang terdapat di sekolah. Perkongsian sebegini akan memberi cetusan idea antara kedua-dua sekolah untuk memastikan kemenjadian murid-murid berlaku.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli rombongan kerana sudi berkunjung ke sini. Maafkan segala kekurangan kami sepanjang sesi lawatan berlangsung.
Semoga jumpa lagi.