Sambutan Hari Guru 2023
“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani“. Inilah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saban tahun majlis sambutan Hari Guru disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Warga SK Putrajaya Presint 9(1) turut sama meraikan para pendidik di SKPP9(1).
Ucapan terima kasih kepada ibu ayah dan murid-murid yang telah memberi ucapan, doa dan hadiah kepada kami. Teruskanlah berdoa untuk kami agar kami lebih berusaha untuk menjadi seorang guru yang lebih baik untuk anak-anak.
Semoga Allah SWT menerima amalan kami dan semua guru di dunia.
Tahniah
Selamat Hari Guru