PembestarianTerkini

Malaysia Techlympics

Seramai 20 orang murid SK Putrajaya Presint 9(1) telah menyertai Pertandingan Malaysia Techlympics bagi Zon Tengah yang telah diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.

Pertandingan yang telah disertai ialah Pertandingan Pemikiran Komputasi Kanak-kanak, Pertandingan Misi Penerbangan Dron, Pertandingan Penulis Kod Terpantas dan Pertandingan Cabaran Inovasi Cetakan 3D. Berikut adalah keputusan pertandingan;

  • Pertandingan Pemikiran Komputasi Kanak-kanak – Johan
  • Pertandingan Penulis Kod Terpantas – Tempat ketiga
  • Pertandingan Cabaran Inovasi Cetakan 3D – Tempat ketiga
  • Pertandingan Misi Penerbangan Dron – Penyertaan

Tahniah kepada murid yang menyertai pertandingan ini. Banyak pengalaman dan kemahiran baharu yang dapat dipelajari melalui pertandingan seperti ini. Terima kasih kepada guru-guru pembimbing dan ibu bapa yang memberi sokongan yang terbaik.

Lihat ALBUM FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *