KurikulumTerkini

Penerimaan Buku Teks

Pada minggu ini juga, murid-murid telah dijadualkan untuk menerima buku teks bagi sesi persekolahan yang akan datang. Ibu bapa harus memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah bagi menerima buku teks agar tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Seperti biasa, buku teks yang diterima harus dijaga dengan baik dan dibalut agar tahan serta dapat digunakan dengan baik.

Murid-murid bolehlah membaca buku teks sepanjang cuti sekolah nanti bagi persediaan pembukaan sekolah pada sesi akan datang. Jika terdapat sebarang masalah, boleh berhubung dengan guru SPBT atau guru kelas sebelum cuti sekolah bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *