KurikulumPanitiaPendidikan Agama IslamSurau Salman Al-FarisiTerkini

Rahmat Ujian Pada Tahun Baharu

Sambutan tahun baharu Islam,1443 Hijri disambut dalam suasana normal baharu. SK Putrajaya Presint 9(1) turut mengambil peluang dengan mengadakan Majlis Ceramah Maal Hijrah melalui saluran Google Meet dan Youtube rasmi sekolah. Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam, Badan Kebajikan Staf dan Surau Salman Al-Farisi.

Mereka telah menjemput Dai Aiman sebagai penceramah dan Cikgu Muhammad Iqbal sebagai moderator. Keserasian antara mereka telah menghidupkan majlis dan memberi kesan yang baik kepada semua penonton dan pendengar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT memberi kebaikan kepada kita sepanjang tahun 1443H ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *