Kemenjadian MuridPembestarianTerkini

#KidsCanCode 2022

SK Putrajaya Presint 9(1) turut menyertai Program Hour of Code: #KidsCanCode 2022 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Hour of Code (HoC) merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif #mydigitalmaker bertujuan untuk memperkenalkan pengaturcaraan (coding) dan asas sains komputer (computer science) dalam kalangan murid sekolah melalui cara yang menyeronokkan.

Untuk edisi kali ini, pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ingin memperkenalkan HoC edisi #KidsCanCode bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November 2022.

Kempen ini bermula dari 28 November hingga 16 Disember 2022 dan terbuka kepada peserta berumur 4 hingga 12 tahun.

Tahniah kepada semua murid yang menyertai program ini.

ALBUM FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *