Kemenjadian MuridPembestarianTerkini

Rero Annual Championship (RAC) 2023

Pasukan robotik dan pengaturcara SK Putrajaya Presint 9(1) telah menyertai Rero Annual Championship (RAC) 2023 buat kali yang ke-3.

Sebanyak 4 pasukan kategori Reromicro dan 2 pasukan kategori Rero Junior telah mengambil bahagian. Pelaksanaan pertandingan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun lepas.

Semua pasukan dikehendaki menyelesaikan tugasan yang disediakan dan membuat rakaman video serta perlu menduduki ujian teori secara dalam talian. Semoga program ini memberi manfaat dan pengalaman kepada semua peserta.

Semoga berjaya!

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *