TerkiniUmum

Apa Khabar Cikguku?

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan WP Putrajaya terutamanya kepada Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad, selaku Pengarah Pendidikan di Jabatan Pendidikan WP Putrajaya yang sudi menganjurkan program “Apa Khabar Cikguku” di sekolah-sekolah di Putrajaya.

Walaupun sesi perjumpaan secara maya melalui medium Google Meet, banyak perkara dapat dikongsi bersama terutamanya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan ini.

Terima kasih juga atas segala nasihat dan idea yang diberi kepada warga pendidik di SKPP9(1) bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti PDPR. Semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dalam keadaan normal baharu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *