PIBGTerkiniUmum

Gotong-royong Perdana 2022

SK Putrajaya Presint 9(1) dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah menganjurkan program Gotong-royong Perdana 2022 bagi menyediakan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat kepada semua warga SKPP9(1) terutamanya kepada murid-murid.

Fokus gotong-royong pada kali ini ialah kepada kebersihan dan kefungsian tandas murid dan guru. Tandas-tandas yang tersumbat dan rosak telah dibaiki dengan bantuan guru dan ibu bapa.

Penggunaan tandas yang betul harus sentiasa diingatkan kepada murid. Ini bagi mengelakkan kerosakan yang sama berulang. Pihak sekolah juga memerlukan kerjasama pihak ibu bapa dalam urusan ini.

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah melapangkan masa untuk menyertai program gotong-royong pada kali ini. Semoga anak-anak kita dapat menggunakan kemudahan yang ada di sekolah dengan selesa.

Lihat foto

https://photos.app.goo.gl/R2ACxLZxYDcHB1xq5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *