FEATUREDUmum

Persediaan Akhir Pembukaan Sekolah

Setelah peringkat pertama pembukaan sekolah melibatkan murid-murid prasekolah, persiapan akhir telah dilakukan bagi menerima kehadiran murid-murid Tahun 5 dan 6 pada 15 Julai nanti.

SK Putrajaya Presint 9(1) amat berbesar hati menerima kunjungan Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya yang sudi hadir dan memberi tunjuk ajar serta panduan bagi penyediaan persekitaran sekolah agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Semoga tindakan pihak sekolah ini memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *