KokurikulumTerkiniUmum

Sambutan Hari Guru 2022

Tema Hari Guru 2022 adalah ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin. Setiap tahun, 16 Mei dipilih sebagai tarikh sambutan bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada golongan pendidik yang telah bertungkus-lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.

Setiap dari kita pernah menjadi murid. Marilah bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada semua guru yang pernah mendidik kita dari peringkat awal persekolahan hingga kini.

SK Putrajaya Presint 9(1) turut mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah bagi menghargai guru-guru yang berkhidmat di sini.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid yang telah memberi hadiah dan ucapan kepada kami. Doakan kami agar diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk terus berkhidmat dan menunaikan amanah yang telah diberi dengan baik.

Selamat Hari Guru.

Foto https://photos.app.goo.gl/z9ZmFx128nHXuHEF8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *