Bahasa ArabKurikulumPendidikan Agama IslamSurau Salman Al-FarisiTerkini

World Quran Hour 2023

Kluster 9 -1- Hour with Al-Quran

Warga SK Putrajaya Presint 9(1) hari ini tidak ketinggalan menjayakan program World Quran Hour yang berlangsung di dataran sekolah. Program ini disertai oleh semua murid tahun 4, 5 dan 6 serta warga pendidik.

Program yang berlangsung selama 1 jam pada hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Insan serta slot tadabbur ayat. Bacaan dan tadabbur surah tersebut dipimpin dan disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Iqbal bin Muda @ Ismail.

Semoga program ini dapat menanam kecintaan seluruh warga sekolah terhadap Al-Quran dan sekali gus beramal dengannya untuk menggapai rahmat & syafaat Allah SWT baik di dunia & di akhirat kelak, insha Allah.

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *