Bahasa ArabKemenjadian MuridKurikulumPendidikan Agama IslamTerkini

Majlis Khatam Al Quran Perdana

Majlis Khatam Al Quran merupakan acara tahunan bagi kebanyakan sekolah. Begitu juga pada tahun ini, Majlis Khatam Al Quran Perdana peringkat sekolah bagi SK Putrajaya Presint 9(1) telah diadakan walaupun sedikit berbeza. Berikutan pandemik Covid-19, Majlis Khatam Al Quran pada kali ini diadakan melalui medium Google Meet melibatkan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6.

Kendatipun tidak bersemuka, majlis dapat dilaksana mengikut perancangan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga semua peserta majlis ini mendapat keberkatan dan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT.

Bersama-sama kita menjadikan Al Quran sebagai peneman hidup kita di dunia, mudah-mudahan Al Quran akan menjadi peneman kita di akhirat kelak. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *