PIBGTerkiniUmum

Sesi Libat Urus Warga Pendidik & PIBG Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh YB Dr. Radzi Jidin telah mengadakan satu sesi libat urus bersama warga pendidik dan PIBG sekolah-sekolah di WP Putrajaya.

Antara perkongsian dan perbincangan adalah berkenaan usaha penambahbaikan untuk pendidikan anak-anak di Malaysia khasnya di Putrajaya. YB Dr. Radzi Jidin juga berkongsi pendekatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh KPM dalam menangani beberapa perkara seperti beg berat murid, infrastruktur sekolah dan juga pentaksiran murid.

Dalam sesi itu juga, YB Dr. Radzi Jidin telah berbesar hati menyerahkan peruntukan penyelenggaraan kepada sekolah-sekolah di Putrajaya bagi memastikan infrastruktur sekolah-sekolah di Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Terima kasih KPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *