KurikulumPIBGTerkini

Selamat kembali ke sekolah

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT. Murid-murid Prasekolah telah mula hadir ke sekolah dan belajar secara bersemuka dengan mengikut normal baharu. Semua murid nampaknya begitu seronok bertemu dengan guru-guru dan kawan-kawan mereka serta bersemangat untuk belajar. Tahniah dan syabas kepada ibu ayah dan murid yang hadir pada hari ini.

Proses pengoperasian pembukaan sekolah pada hari ini juga mendapat perhatian daripada Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya. Beliau sejak awal pagi bersama-sama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru turut menyambut kehadiran murid prasekolah. Beliau juga turut diiringi Encik Razali selaku Pegawai Angkat Sekolah dan Inspektor Nur Hidayu selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.

Beliau juga turut melawat dan melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah. Secara keseluruhannya beliau berpuas hati melihat persediaan dan pelaksanaan pengoperasian sekolah pada hari ini dan memberi kata-kata semangat kepada guru-guru dan murid-murid prasekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

https://photos.app.goo.gl/M2iJCN4WaSL4eJvd9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *