KurikulumTerkiniUmum

Riang Ria Raya 9One

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah atau Riang Ria Raya 9One telah disambut dengan penuh ceria oleh warga SK Putrajaya Presint 9(1).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi oleh guru-guru dan murid-murid yang telah diamalkan sebelum ini. Kemudian ucapan oleh Puan Rohana binti Abdul Manaf, Guru Besar SKPP9(1) dan dirasmikan oleh En Mohd Khairi Jamaludin selaku YDP PIBG SKPP9(1).

Setiap kelas telah dihias dengan cantik bagi merasai suasana hari raya. Murid-murid telah membawa makanan dan berkongsi juadah antara mereka.

Mereka juga dibenarkan menziarahi kelas-kelas rakan mereka yang lain untuk mengeratkan hubungan mereka.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan sambutan ini.

FOTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *