Hal Ehwal MuridTerkini

Permulaan Sesi Persekolahan 2021

HARI PERTAMA PERSEKOLAH SECARA GOOGLE MEET DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2021.

Hari pertama persekolahan secara google meet ini telah berjaya dilaksanakan pada pukul 9.00-10.00 pagi oleh semua semua kelas Tahun 1 di SKPP9(1) iaitu

1 ADIL
1 BESTARI
1 CEKAL
1 DEDIKASI
1 INTELEK

Bermulanya sesi persekolahan Tahun 1, berlangsung juga Program Transisi Tahun 1 yang akan diadakan selama 43 hari (10 minggu) bermula

20 Januari 2021 sehingga 26 Mac 2021.

Buat masa ini, pelaksanaan Program Transisi akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan medium google meet dan aplikasi Whatsapp

Antara objektif Program Transisi ini ialah :

  1. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah bersesuaian dengan norma baharu.
  2. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  3. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
  4. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya

Pihak sekolah berharap agar program ini dapat memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun 1. Ibu bapa diharapkan dapat mengadakan interaksi dengan guru, memastikan kelengkapan pembelajaran disediakan dan memberi komitmen serta mengikuti perkembangan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *